Aku bukan senang nak percaya kat orang actually, kalau buat-buat nak percaya tu senang la. And tak semua orang aku tak percaya. Macam family sendiri, of course la aku percaya kat diorang walaupun diorang cakap benda yang tak betul..hehe. Kawan-kawan pun sama jugak, ada yang makan kawan, ada yang pura-pura baik bila di depan, ada jugak yang memang tak ambil '
port' langsung.
Sorry to say guys, yang mana baik dengan aku memang aku akan baik dengan korang.
Don't worry.
Dulu aku memang baik ngan semua orang. Tak kira la lelaki ke perempuan. Baru je kenal beberapa minggu dah boleh
share everything dengan diorang. Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, aku mula berfikir...yang aku tak boleh buat macam tu. Percaya kat orang sangat. Sampai la sekarang ni, aku memang tak percaya kat orang 100% sebab aku tau, satu hari nanti mesti aku yang kena balik.
So, adalah baiknya aku berubah menjadi seperti sekarang. Tak kira la dengan kekasih sendiri ke, siapa-siapa saje. Uiks !!
girlfriend sendiri pun ??
Bukan apa, aku pernah terkena sekali. Kalau sekali dua tipu aku, mungkin la aku tak sedar pun dah kena tipu. Tapi bila dah lama-lama, hati ni rasa lain macam je. Macam sedang dipermainkan pulak. Mana boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu. Tingkah laku dia seperti nak menjauhkan diri dari aku. Bila jumpa pun macam tak '
happy' je.
Start dari tu aku memang dah tak percaya sangat dah. Apa yang aku tanya, dia jawab.
Ok lah kan. Tapi aku buat-buat percaya je nak sedapkan hati diri sendiri dan pihak kedua.
Susah juga lah aku nak
start percaya kat dia 100%. Aku cuba ungkaikan satu per satu permainan yang sedang dimainkan tu.
Resultnya...berjaya !! aku telah menjumpai permulaan permainan tu. Dan aku terus mencari lagi dan lagi. Berkat kesungguhan aku, sampai juga aku ke garisan penamat permainan tu. Tapi adakah benar itu adalah penamatnya !!?? Aku pun tak tahu.
Sekarang, aku dah
start percaya kat orang semula (bukan semua orang ya.). Walaupun bukan percaya sepenuhnya, tapi aku
still mencuba untuk mempercayainya. Bukan apa, yelah, bila kita pernah ditipu sedemikian rupa, perasaan kita terhadap dia mula berubah. Mesti akan timbul persoalan seperti "betul ke apa dia cakap ni..??","betul ke itu...betul ke ini..". Tapi aku cuba juga untuk percaya. Dan tidak bermaksud aku tak sayang dia. Disebabkan ditipu tulah aku jadi macam ni.
Tapi, semuanya berjalan lancar sebab dalam hidup aku, hanya ada seorang gadis sahaja yang aku memang sayang sangat kat dia. Dan aku harap, hubungan ni akan bernafas sampai bila-bila. Sebab, kami dah lalui banyak sangat cabaran selama ni.
Im not taking advantage to you selama kita kenal
and im not fooling around and just to have fun with you. I really wanna take a good care of you but sometimes i cant because of things that im doing.Im sorry for all that i do wrong to you. I really love you and thanks for loving me and also for everything that u 'gave' me, nisa.
what we could have been, 12:02 PM.