Perform di Rantai Art semalam berakhir dengan sukses nya walaupun ada bebarapa problem yang berlaku, hehe.. Bertolak around 5 pm selepas hujan reda, then bila masuk ibu kota, stuck pulak dalam traffic jam (maybe because of banyak jalan tutup).
Bila dah cari parking semua, kami berjalan ke Red Bunglow tengok booth jual-jual goodies. And ya, hujan renyai pun turun..huhu, wut a day. Then lepak makan minum kat Pelita. Selepas semua selesai, kami jumpa dengan organizer dan tengok equipment yang diorang sediakan. Tapi malangnya hanya ada satu plug je kat situ. Hmm, berjalan la pulak kitorg ke klcc cari extension plug. Fuhh !! berpeluh ketiak..ngehehe..
Lepas tu, kitorg terus pergi kat kereta amik equipment semua sebab malas nak naik turun. Gitar dan bass semua di'tune' dengan cemerlang. Tengok jam, ada lebih kurang 5 minit sebelum kitorg beraksi menghiburkan yang hadir pada malam tu.
Everything dah ready, tinggal nak perform je. Kitorg pun berjalan masuk ke Red Bunglow. Tiba-tiba.. perut The-him wat hal pulak..hahaha... ni dah kali kedua perut dia wat hal bila perform kat Red Bunglow tu. Sementara dia dalam toilet, aku dan yang lain masuk la dulu setup barang semua.
Masa setup nak cucuk plug amp untuk bass si Duo, boleh pulak ada elektrik kat string bass dia. Mula-mula tu ingat dia main-main, then The-him tryla sentuh string dia guna jari. Wahh, memang ada elektrik. Then terbalik kat pulak plug (dah la pakai europe punya kepala plug..huhu) dan try lagi sekali. Aku pulak yang rasa ada elektrik ke takde. Elok je sentuh, melekat tangan aku kat bass dia. Kebas la kejap..adeh..Terbalik kan lagi sekali plug tu, elok je on button, blackout satu Red Bunglow tu..hahaha..Time tu la flash dari bermacam-macam kamera keluar. Then bila dah ok, kitorg decide main without bass. Kesian si Duo.
Kitorg terharu masa tgh main, crowds ikut 'sing-a-long' sama-sama. Wow !! Ramai jugak yang tahu lagu kitorg. Good job !! Around 10pm show tu habis kalau tak silap sebab kitorg last band yang main malam tu. Then, lepas sesi bergambar semua kitorg bertolak balik ke shah alam singgah minum kat sana.
Finally, lepas hantar diorg balik, aku pun sampai rumah pukul 3am ++.. Letih gila badan ni, tak sempat nak mandi, terus landing kat katil yang dah lama menunggu bersama bantal yang empuk..nyum nyum..Tido lah aku dengan lenanya.
what we could have been, 8:48 AM.